Sejak dua menjak ini, media sosial kecoh dengan aduan dan rungutan yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya pelanggan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Aduan yang dibuat adalah berikutan mereka mendakwa bil elektrik yang dikenakan pada mereka meningkat walaupun tahap penggunaan sama seperti bulan-bulan yang sebelumnya.



Lantaran menerima tamparan hebat daripada pengguna, TNB Careline tampil mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan isu yang sedang hangat diperkatakan.
Menurut TNB, jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan bacaan meter.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pengguna boleh menikmati kadar bayaran terendah iaitu RM0.218 pada 233 kWh (unit) dan caj yang dikenakan adalah RM50.79 secara prorata. Walau bagaimanapun, pengguna yang masih mengalami kekeliruan mengenai bil atau akaun boleh menghubungi pihak TNB untuk penjelasan lanjut.
Sumber:
TNB Careline