New Zealand menjadi negara yang sentiasa mendapat perhatian dunia dan dikatakan sebagai negara yang paling best untuk diduduki. Walaupun negara itu tidaklah terlalu besar tetapi ia mempunyai pemandangan yang mengujakan dengan masyarakat yang hidup aman dan harmoni.
Bukan itu sahaja, struktur pemerintahan di negara itu juga turut dipandang tinggi oleh masyarakat dunia terutama Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang merupakan pemimpin wanita ketiga di negara itu.
Keperibadiannya ketika menghadapi krisis yang besar di negara itu dipuji oleh orang ramai. Beliau juga dilihat sangat santai dan bersederhana.
Bercakap mengenainya, seorang pengguna Twitter telah memuatnaik sekeping gambar yang menyaksikan kelibat Jacinda di sebuah persimpangan jalan raya.
Menerusi ciapan itu, pengguna twitter tersebut meluahkan keterujaan dan mengatakan bahawa New Zealand terlalu kecil sehingga dia dapat melihat Perdana Menteri itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Perkongsiannya itu ternyata membuatkan ramai yang ‘cemburu’ terutama netizen dari negara lain.





Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 20.6 ribu tanda suka dan 5.3 ribu ulang kicau.
Sumber: Atlanta Daniel