Tidak semua yang dirancang akan berlaku, terkadang diri perlu menerima hakikat yang menyakitkan dan ianya perlu dilalui dengan tabah.
Sama dengan doktor dari Brazil ini yang tular di media sosial selepas berkahwin dengan dirinya sendiri dalam satu majlis yang dirai oleh ahli keluarganya.
Dr Diogo Rabelo mengadakan perkahwinan di sebuah resort di Itacaré, Bahia di mana dia bertukar sumpah dengan dirinya sendiri di hadapan para tetamu dan mengikuti semua ritual perkahwinan.
Pun begitu, ada cerita yang sedih di sebalik perkahwinan ini.
Memetik laporan Indianexpress, Rabelo bertindak mengadakan perkahwinan dengan dirinya sendiri kerana kecewa setelah putus tunang pada Julai lalu.
“Perkara yang baik apabila berkahwin dengan diri sendiri adalah tiada sebarang protokol! Anda mempunyai kebebasan untuk berseronok dengan cara apa sekalipun,” katanya melalui kiriman di Instagram.
Rabelo yang merupakan pakar dalam prosedur kosmetik mengatakan bahawa dia masih mencintai bekas tunangnya dan menulis surat penuh semangat untuk ‘cinta terakhirnya’ pada hari perkahwinan.
Memanggil tunangnya sebagai seorang ‘guru yang hebat’, dia berterima kasih kepada wanita itu kerana telah mengajar dirinya mengenai nilai seseorang.
“Awak tunjukkan kepada saya betapa istimewanya diri saya dan berapa banyak potensi untuk mencapai impian saya , termasuk ini: komitmen untuk saya mencintai diri sendiri terlebih dahulu,” katanya.
Sumber: indianexpress