
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang dahsyat di negara itu mungkin akan terus menyala untuk beberapa bulan yang mendatang.
Sekurang-kurangnya 24 orang telah meninggal dunia sejak kebakaran yang bermula pada September lalu. Kualiti udara di ibu kota Canberra pada minggu ini juga dinilai paling teruk di dunia.
Morrison mengumumkan penubuhan agensi pemulihan untuk membantu mereka yang telah kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran tersebut.

Beliau juga menghadapi kritikan keras kerana tindak balasnya yang lambat terhadap krisis yang telah sekian lama berlaku.
Dalam pada itu, Victoria dan New South Wales pada ahad lalu telah menunjukkan suhu dan kelajuan angin menurun serta hujan yang agak lebat.
Pun begitu, pihak berkuasa tetap memberi amaran bahawa bahaya tetap menanti.
Sumber: BBC