Pada pagi ini, Mahkamah Koroner Shah Alam telah memutuskan keputusan kes kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah.
Perkara tersebut diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad dan jenayah tersebut telah dilakukan oleh dua orang individu yang masih belum diketahui identitinya.

Keputusan ini sekaligus telah membuatkan ramai pihak berasa lega kerana ramai sebelum ini mengharapkan keadilan berpihak kepada keluarga Adib.
Dalam pada itu, rata-rata netizen juga menzahirkan rasa syukur terhadap keputusan ini. Malah, turut ada yang mengharapkan agar pesalah-pesalah dan pihak terlibat dalam kematian Adib ini mendapat hukuman yang sepatutnya.
“Alhamdulillah.. akhirnya kematian arwah Adib terbela”

“Alhamdulillah terjawab, harap Bukit Aman ambil alih siasatan untuk cari pelaku kepada mangsa”


“Semoga tercapai hajat rakyat Malaysia untuk melihat muka-muka penyangak tu”
“Alhamdulillah at least rasa lega satu bab”

“Kenakan hukuman menghina mahkamah terhadap saksi-saksi yang memberi keterangan palsu semasa inkues termasuk pegawai perubatan kerana menipu mahkamah”

Sumber: Facebook