Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi mengemaskini keadaan semasa paras air sungai Gombak dan Sungai Klang.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ia memaparkan beberapa keadaan jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Laporan terkini keadaan paras air di Sungai Gombak dan Sungai Klang utama tersebut dimuat naik dalam satu hantaran pada pukul 10 pagi tadi.
Gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via naslinda“Terdapat juga air bertakung di sekitar Jalan Loke Yew dan Jalan Parlimen. Walau bagaimanapun aliran trafik masih berjalan dengan lancar,” maklum kenyataan itu.
Gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuala LumpurTambahan lagi, kakitangan DBKL juga menjelaskan bahawa mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
“Kakitangan DBKL kini sudah berada di lapangan bagi memastikan segalanya terkawal dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.” jelas DBKL.
Sehubungan itu, pihak DBKL menasihatkan agar warga kota sentiasa berhati-hati di jalan raya dan semasa menjalankan aktiviti seharian.
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur