Umum sudahpun sedia maklum dengan situasi yang berlaku setiap hari di bumi Palestin. Pergolakkan di sana seolah-olah tiada penghujungnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial apbila pemilik akaun twitter Hadeela_ memuat naik beberapa keping gambar pelajar-pelajar di Gaza yang berada dalam keadaan sugul di sekolah.

Melalui tweet berkenaan, Haleeda berkata ia merupakan realiti semasa apabila pelajar-pelajar ini terpaksa melalui hari persekolahan dengan kelas makin kosong dan rakan-rakan yang semakin berkurang.
Potret kawan isi kekosongan

Gambar berkenaan turut menyentuh hati para pengikutnya apabila ada pelajar yang meletakkan potret rakan-rakan mereka yang sudah terkorban di meja kosong dalam kelas sebagai ganti.

Sumber: Hadeela_