Kawan ‘Makan’ Kawan, Pemuda Mengaku Tipu Tujuh Sahabat Melabur Kripto RM 1.08 Juta
Seorang lelaki yang mendakwa dirinya telah memperoleh keuntungan dalam pelaburan kripto telah memberitahu tujuh rakannya untuk melabur dalam pelaburan yang sama dengan nilai kira-kira RM 1.08 juta melalui dirinya.
Bagaimanapun, dia telah menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan mainan dalam talian, yang kemudiannya dijual semula untuk mendapat keuntungan. Dengan menggunakan hasil jualan itu, dia kemudian membayar kira-kira RM 265,458 kepada rakan-rakannya.
Pemuda tersebut yang kini berusia 20 tahun pada Selasa (16 Ogos) mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan menipu. Empat lagi pertuduhan serupa akan dipertimbangkan apabila dia kembali untuk dibicarakan minggu depan.
Nama pemuda tersebut bagaimanapun tidak boleh didedahkan selepas dia didapati berusia 18 tahun ketika melakukan kesalahan itu dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.
Menurut rekod, sekitar 2017, pemuda berkenaan mendapati bahawa dia mampu mencatatkan keuntungan dengan membeli dan menjual item dalam permainan seperti yang ditawarkan dalam permainan Counter-Strike dan Global Offensive.
Dia kemudian memutuskan untuk meningkatkan keuntungannya dengan menjual barangan bernilai lebih tinggi, tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya.
Bagi mendapatkan dana perniagaan tersebut, dia merancang untuk mendekati rakan-rakannya untuk mendapatkan wang, tetapi dia sedia maklum bahawa rakannya tidak akan membantunya sekiranya dia memberitahu wang itu untuk tujuan membeli barangan permainan, kata Timbalan Pendakwa Raya Cheng You Duen.
Oleh itu, pemuda itu berbohong kepada rakannya bahawa dia melabur dalam pelbagai komoditi seperti forex dan mata wang kripto dan menawarkan peluang untuk melabur melaluinya bagi pihak mereka.
Bagi mengukuhkan lagi rancangan tersebut, dia mendakwa bahawa dia sebelum ini telah mendapat keuntungan daripada perdagangan Bitcoin dan menjamin pulangan tetap jika rakannya melabur melaluinya. Salah seorang mangsanya ialah rakan sekelas yang berusia 17 tahun telah menghantar wang berjumlah RM 608,612 antara Januari dan Ogos 2018.
Antara April dan Ogos 2018, rakan sekelasnya menerima lebih daripada RM 129,492 daripada pemuda tersebut, sebagai pulangan yang didakwa atas pelaburan yang telah dilakukan.
Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada Oktober 2018 mengatakan bahawa dia telah melabur sejumlah besar dengan pemuda itu tetapi tidak menerima pulangan yang sepatutnya. Seorang lagi rakan sekolahnya berusia 17 tahun telah ditipu dengan anggaran kerugian kira-kira RM 343,153, sekurang-kurangnya 26 kali antara Mei hingga Ogos 2018.
Bagaimanapun, rakannya itu menerima kira-kira RM 129,492 sebagai pulangan pelaburan, namun tetap membuat laporan polis pada Oktober 2018. Terdapat mangsa lain, seorang rakan yang juga berusia 17 tahun, melabur sebanyak RM 16,000 dan tidak menerima sebarang pulangan.
Sebahagian mangsa mendapatkan dana pelaburan itu dengan meminjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Cheng menggelar pemuda itu sebagai pesalah yang keras hati dan menekankan terdapat peningkatan jumlah penipuan pelaburan di Singapura.
Beliau berhujah bahawa wang yang diberikan semula kepada mangsa, walaupun mengurangkan kerugian pelaburan mereka, ini tidak boleh dianggap sebagai penyesalan masalah.
“Dalam apa jua keadaan, sejumlah besar RM 806,489 masih belum dijelaskan,” kata pendakwa raya.
Peguambela Adeline Goh berkata, kesalahan anak guamnya “disebabkan oleh dari percubaan sesat seorang remaja untuk mendapatkan rasa kekitaan dalam kalangan rakan-rakannya”.
Dia berkata bahawa anak guamnya percaya dia akan lebih disukai oleh rakan-rakannya jika menunjukkan bahawa dia berpengetahuan dan berjaya dalam perdagangan mata wang kripto.
“Ini adalah percubaan yang salah oleh remaja itu untuk menjalin persahabatan,” katanya sambil menggesa mahkamah untuk mempertimbangkan latihan reformasi.
Goh juga berkata usia anak guamnya yang masih muda dan menyesal dengan tindakannya, sambil menambah bahawa dia telah berhenti bermain permainan komputer.
“Dia telah merasai sendiri bagaimana pembohongan yang dilakukan telah menjejaskan hidupnya,” katanya sambil menggelar prosiding mahkamah sebagai “peringatan” untuknya.
Tetapi Hakim Daerah Kessler Soh berkata rayuan mitigasi pihak pembelaan nampaknya mengecilkan kemudaratan yang ditimbulkan kepada mangsa. Dia mengarahkan laporan untuk menilai kesesuaian remaja itu untuk latihan percubaan dan reformasi, seperti yang diminta oleh pihak pendakwaan.
Tempoh pemerhatian ialah hukuman berasaskan komuniti, manakala reformasi adalah hukuman yang lebih keras yang menahan pesalah muda dalam persekitaran yang berstruktur dengan penekanan pada pemulihan.
Hukuman bagi menipu ialah penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Sumber: CNA News