“Katil Ini Akan Membantu KKM Menyelamatkan Nyawa Pesakit” – Menteri Kesihatan

Adib Mohd

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sumbangan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi merawat pesakit COVID-19.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat. Katil ini akan membantu KKM untuk menyelamatkan nyawa pesakit,” katanya.

Menurut laman Twitter KKM, katil seberat 250kg seunit itu ditempah dari kilang di Hebei, China.

Kerajaan Malaysia mendapat kerjasama pihak berkuasa penerbangan China untuk membenarkan pesawat Air Asia Cargo terbang ke Tianjin bagi mengambil 28 katil dan baki 72 lagi akan dibawa pulang dalam masa terdekat.

Gambar: KKM
Gambar: KKM

Menurut kenyataan di Facebook Petronas pula, sumbangan ini dipercayai adalah sebahagian daripada sumbangan mereka sebanyak RM20 juta dalam peralatan dan bekalan perubatan untuk hospital-hospital di sekitar Malaysia.

Usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional.

“Mari kita bekerjasama dalam perjuangan ini, menghantar doa dan cinta kita,” kata kenyataan Petronas.

Sumber: KKM, PETRONAS