Air yang dicincang tidak akan putus. Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan kepada kasih sayang Nuratikah Mat Rahim ini yang terpaksa berkorban berhenti dari bekerja untuk menjaga dan menguruskan abangnya yang kini terlantar sejak 2 bulan lalu akibat serangan angin ahmar.
Menurut Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS, saudara Hidayatullah Mat Rahim, 36, yang menderita penyakit angin ahmar, memerlukan dana sebanyak RM 5,616 untuk digunakan bagi membeli dua jenis susu khas yang disarankan oleh pihak perubatan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian berkenaan perkara tersebut seperti berikut:
PROGRAM BERKONGSI REZEKI
untuk Saudara Hidayatullah
27.3.21
Bismilahirahmanirahim..
kami dengan ini melancarkan ‘Program Berkongsi Rezeki’ untuk Saudara Hidayatullah Mat Rahim 36, bagi mendapatkan dana sebanyak RM5,616 bertujuan untuk membekalkan dua jenis susu khas yang disarankan oleh pihak perubatan kepada beliau yang kini terlantar sejak 2 bulan lalu akibat serangan angin ahmar.
Kasih adik pada seorang abang menyebabkan Nuratikah Mat Rahim berkorban berhenti bekerja sebagai promoter di kedai alat komunikasi bagi menjaga dan menguruskan abangnya.
Mereka dikunjungi kru sukarelawan kami dalam siri lawatan awal baru baru ini di rumahnya di Kg Wakaf Stan, Kota Bharu,Kelantan dan menerima sumbangan awal berupa kerusi roda khas,lampin dan sedikit bantuan tunai.

Perkongsian rezeki dari rakyat Malaysia boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti telah dipersetujui oleh penjaganya,
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan kepada kami melalui WhatsApp
Tekan www.wasap.my/60179404640/Hidayatullah
Program ini akan ditutup setelah mencecah sasaran atau tamat tempoh kutipan yang mana terdahulu.
Sasaran bantuan adalah seperti berikut,
Bekalan 4 bulan

Susu Nutren Fiber 850g
RM90 x 13 tin sebulan x 4 bulan
= RM4,680 (52 tin)
Susu Myotein 300g

RM58.50 x 4 tin sebulan x 4 bulan
= RM936 (16 tin)
Jumlah Sasaran: RM5,616

Ikuti laman rasmi kami ini untuk perkembangan dan penyerahan bantuan.
Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial -KELSS