Adik bongsu sanggup derma buah pinggang untuk abang tercinta, namun syaratnya perlu turun 10 kg dahulu dalam masa beberapa bulan.
Ikatan persaudaraan antara ahli keluarga sememangnya tidak dapat dipisahkan walau dengan cara apa sekalipun. Mereka adalah orang yang membesar bersama-sama kita khususnya adik-beradik.
Asam garam tinggal bersama sejak dari kecil mengeratkan lagi tali persaudaraan walaupun setiap adik-beradik pernah bergaduh dan berseronok dalam pelbagai situasi.
Begitu juga kasih sayang yang ditunjukkan oleh seorang adik bongsu terhadap abangnya ini yang sanggup mendermakan buah pinggangnya kerana lelaki tersebut mengalami masalah buah pinggang.
Untuk mengikuti kisah yang menyentuh hati ini, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Zulkilfi Ayub di Facebook miliknya.
Kasih adik bongsu, sanggup derma buah pinggang untuk abang
Gambar: Facebook Zulkifli AyubNi adik bongsu aku yang tercinta (perempuan dalam gambar). Dia berhasrat untuk mendermakan satu buah pinggangnya kepada aku yang hina ini. Namun, dia perlu menurunkan berat badannya dahulu.
Doktor bagi beberapa bulan kepada dia untuk turunkan berat badannya sebanyak 10 kg. Dia dah cuba beberapa kali sebelum ni, tapi berat naik kembali.
Kita semua tahu, nak turunkan berat badan ni bukan senang. Nak maintain ideal body weight pun bukan main senang.Cuba tinggalkan kata-kata motivasi dan kata-kata semangat buat adik aku ni di komen. Nanti aku suruh dia baca.
Adik aku ni hebat. Bukan calang-calang orang ada keberanian nak derma waktu hidup. Sekarang tengah follow up dekat Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.
Pejam celik pejam celik, hampir 3 tahun sudah aku berdialysis 4 kali sehari. Sejak tahun 3 medik. Sekarang dah tahun 5, tahun akhir. Bulan 11 Final Professional Exam.
Aku rindu untuk kembali sihat seperti sebelumnya. Namun aku redha dengan ketentuannya. Btw, terima kasih buat rakan-rakan yang menyokong dan memberi kata-kata semangat selama ni.
Sumber: Facebook Zulkifli Ayub