Kredit: Google/Bernama

(Video) Covid-19: Kapal Persiaran Berlepas, Transit Di Mana-Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

Amira

Putrajaya, 16 Feb – Berikutan kes jangkitan Covid-19 yang ke-22, kerajaan akan menghalang semua kapal dari China untuk berlabuh di Malaysia.

Kes jangkitan Covid-19 itu melibatkan seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang menaiki penerbangan ke Malaysia dari Kemboja.

“Buat masa ini, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal persiaran yang berlepas atau transit di mana-mana pelabuhan di China daripada memasuki Malaysia,” ujar YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam sidang media hari ini.

MS Westerdam milik Amerika telah berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu setelah dihalang memasuki perairan 5 negara Asia termasuk Thailand, Jepun dan Taiwan akibat kebimbangan penularan Covid-19.

Kapal itu dilaporkan berlepas dari Hong Kong pada 1 Februari lalu dengan 1,455 penumpang dan 802 anak kapal.

Sumber: KKM