
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan dengan tidak sengaja telah tertelan anak kunci menyebabkan ia tersangkut di dalam perut sejak 14 September 2022.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kunci tersebut dari dalam perutnya.
Malangnya, pembedahan tersebut tidak boleh diteruskan kerana kanak-kanak itu merupakan anak yatim dan mempunyai keluarga yang miskin. Dia tinggal bersama ibunya bersama dua adik beradik lain dan ayah mereka telah pun meninggal dunia.
Memetik Tribunnews, semasa kejadian tersebut berlaku, dia sedang bermain dengan telefon sambil mengigit objek tersebut. Dipercayai kerana mengantuk, tanpa sedar dia telah menelan kunci tersebut dan ia disedari oleh ibu mangsa.
Disebabkan itu, ibu mangsa telah membawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memaklumkan bahawa kunci tersebut berada dalam perut dan memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan objek pepejal tersebut.
Dalam pada itu, ibu mangsa telah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan wang yang cukup untuk menampung kos rawatan pembedahan anaknya. Namun, sehingga kini ia masuh juga belum mencukupi.
Walau bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu masih berada dalam keadaan yang baik dan sihat tanpa sebarangan gejala serius meskipun kunci tersebut telah berada dalam perutnya hampir seminggu.
Menurut Tribunnews lagi, pihak berkuasa tempatan telah berjaya mendapatkan bantuan pakej perubatan untuk kanak-kanak lelaki itu dengan syarat ia hanya boleh digunakan pada 1 Oktober nanti.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Sumber: Tribunnew