
Nur Khaida binti Mohd Shobi, 11 tahun telah hilang daripada pangkuan penjaga pada 3.30 petang, 14 Mei 2022. Ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh kanak-kanak perempuan tersebut ialah memiliki ketinggian 135 cm dan berat sebanyak 30 kg.
Selain itu, Nur Kaida juga memiliki beberapa fitur lain seperti rambut berwarna hitam, warna kulit kuning langsat, mata berwarna coklat, bibir yang nipis dan bulu kening yang halus.
Polis Daerah Kota Tinggi sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline IPD Kota Tinggi di talian 07- 883 7222.
Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan PDRM amat diperlukan.

Sumber:
Polis Daerah Kota Tinggi