Kredit: The Star

Kanak-kanak Lelaki Ditikam Jiran Yang Mempunyai Sejarah Masalah Mental

Aireena Marizan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditikam seorang lelaki warga emas ketika bermain di taman permainan, lapor The Star.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian itu berlaku di sepanjang Jalan Loke Yew, semalam.

Menurutnya lagi, suspek yang berusia 80-an yang mempunyai sejarah rawatan psikiatri, ditemui bersembunyi di salah sebuah flat berhampiran dan berjaya ditahan. Motif kejadian masih dalam siasatan.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dengan kecederaan di bahagian peha dan juga perut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Sumber: The Star