Bandung – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang hanyut dibawa arus deras dan dilaporkan hilang sejak 12 hari lalu ditemukan maut dalam sebuah parit, lapor Kompas.com.
Ketua Polis Daerah Ciwidey, Hadi Mulyana berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh penduduk sekitar ketika mereka sedang lalu di hadapan Sekolah Rendah Penundaan sekitar jam 1.45 petang waktu tempatan.
Difahamkan, pada awalnya individu tersebut menyangkakan sekujur tubuh yang hanyut itu adalah sebuah patung. Namun, setelah melakukan pemerhatian ternyata ia adalah mayat seorang kanak-kanak.
“Alhamdulillah mayat kanak-kanak tersebut telah ditemukan pada jam 1.45 petang yang pada awalnya penduduk menyangka itu adalah anak patung, rupanya manusia.
“Mayat telah dibawa ke rumah pengebumian, setelah dikenal pasti bahawa mayat terbabit adalah kanak-kanak yang dilaporkan hanyut tempoh hari.
“Ibu bapa mereka sudah mengecam mayat tersebut dengan melihat ciri-cirinya termasuk barang kemas yang digunakan mangsa, ia sama dengan kanak-kanak yang hanyut semalam,” katanya, lapor Kompas.com.
Memetik Kompas.com, misi mencari dan menyelamat kanak-kanak tersebut sangat lama hingga ia terpaksa diberhentikan setelah tujuh hari berlalu tanpa sebarang jejak, sebelum akhirnya ditemukan pada hari ke-13.
Sebelum ini, misi mencari dan menyelamat telah dilakukan selama tujuh hari berturut-turut dengan menyusuri beberapa parit di sekitar tempat tinggal mangsa.
Menurut laporan yang diterima media tempatan, Kompas.com, kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak hari Sabtu yang lalu pada jam 8.10 minit petang waktu Indonesia.
Difahamkan, kanak-kanak itu disyaki hanyut dibawa arus parit ketika sedang bermain di belakang rumahnya di Hanjuang Bereum, Rancabali di situ.
Kejadian hampir serupa berlaku di Malaysia
Pada tahun lalu, tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki pernah dilaporkan hilang, dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet. Kejadian itu dikatakan berlaku di Bentong, Pahang.
Menurut laporan Awani, seramai 35 orang mangsa terkandas dalam insiden banjir lumpur di salah sebuah chalet di sana waktu itu dan sembilan daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Pihak bomba berjaya menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan. Mangsa dikatakan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.
Kerja-kerja menyelamat dilaporkan tamat sekitar jam 8.30 pada hari yang sama, namun tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak gagal ditemui pada hari tersebut.
Sumber: Kompas.com