MARANG, 7 Dis (Bernama) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang petang semalam telah ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam paya berdekatan rumahnya di Kampung Gong Beris, Mercang.
Menurut Ketua Polis Daerah Mercang, DSP Mohd Zain Mat Deris berkata, mayat mangsa ditemui pagi tadi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di sebuah paya, kira-kira 500 meter dari rumahnya. Mangsa disedari hilang oleh ibunya pada pukul 6 petang semalam.
“Bagaimanapun, selepas tempoh itu, mangsa tidak juga pulang. Beliau yang berasa tidak sedap hati terus mengerah anggota keluarga serta meminta bantuan orang kampung mencari mangsa di kawasan paya, parit dan lombong”, tambahnya.
Usaha pencarian mangsa yang dilakukan oleh anggota pihak berkuasa dan penduduk kampung malam tadi gagal akibat suasana sekitar yang gelap dan tiada tanda-tanda mangsa dapat ditemukan.
DSP Mohd Zain turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka tentang keselamatan anak kecil dan tidak membiarkan mereka bermain di luar berseorangan terutama pada musim hujan.
Sumber: Bernama