
Kanak-kanak Dua Tahun Lelaki Maut Akibat Cedera, Pasangan Warga Emas & Anak Ditahan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan pada kepala dan dubur pada Jumaat lalu, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, tiga orang suspek yang terdiri daripada pasangan warga emas dan anak lelaki mereka telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, pihak polis telah menerima laporan sekitar jam 7 malam.
Pihaknya telah menerima laporan selepas mangsa dihantar ke klinik kesihatan oleh sepasang suami isteri berusia 62 dan 57 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu merupakan anak jiran pasangan terbabit dan dijaga sementara oleh anak lelakinya yang berusia 26 tahun sejak Selasa lalu.
“Sekitar jam 6 petang, pasangan terbabit menyedari yang mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan pada badan menyebabkan dia dihantar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurut Juna Yusoff, hasil pemeriksaan yang dijalankan pembantu perubatan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.
BACA: 5 Kesilapan Ramai Buat Bila Shopping Kat Mydin Yang Boleh Sebabkan Korang ‘Rugi’
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk proses bedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa telah mengalami kecederaan pada keseluruhan badan, termasuk pada lubang dubur mangsa.
“Punca kematian adalah pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain terdapat kecederaan seluruh badan, melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur mangsa,” katanya.
Juna berkata, pasangan terbabit dan anak lelaki mereka telah ditangkap bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada masa yang sama, pihak polis meminta orang ramai orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit untuk membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan menerusi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ambri Mat Nayan di talian 05-7212222.
BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?
Sumber: Sinar Harian