Kanak-Kanak Ditemui Dalam Keadaan Kebuluran Selepas 9 Hari ‘Teman’ Mayat Ibu Dan Ayah Seorang Diri

Amira

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dijumpai dalam keadaan lemah dan tidak mampu berdiri akibat kebuluran di sisi mayat ibu bapanya yang dipercayai sudah meninggal dunia sembilan hari lepas.

Kanak-kanak malang tersebut, Alexandra ditemui apabila pekerja kecemasan memecah masuk ke dalam flat keluarganya setelah penduduk sekitar mengadu terhidu bau busuk dari rumah mereka.

Alexandra dijumpai di samping mayat ibunya, Viktoriya Devyatkina, 27 dan bapanya yang berusia 34 tahun yang tidak dinyatakan namanya.

Kali terakhir pasangan terbabit dilihat hidup ialah pada 2 May, ketika mereka bertengkar namun punca kematian mereka masih belum dikenalpasti.

“Tiada kesan kecederaan yang boleh dilihat pada mayat kedua-dua mangsa. Analisis forensik akan mengenalpasti punca kematian mereka,” kata salah seorang pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital terdekat dalam keadaan malnutrisi dan dehidrasi yang teruk, walaubagaimanapun nyawanya tidak terancam.

Alexandra bersama ibunya, Viktoriya. (Gambar: Daily Mail)
(Gambar: Daily Mail)

Sumber: Daily Mail