Menurut The New York Times, anak bongsu daripada keluarga ini dipisahkan oleh pentadbiran Trump pada tahun lepas. Kanak ini yang bernama Constantin Mutu ditinggalkan di sempadan Amerika Sayarikat – Mexico sejak berusia 4 bulan.
Kini, umur kanak tersebut sudah menjangkau 2 tahun dan sudah diambil dari bapanya di sempadan tersebut dan dihantar untuk tinggal bersama keluarga angkat di Michigan selama lima bulan sementara bapanya ditahan dan dihantar pulang ke Romania.
Keluarga ini mencari kebahagiaan untuk tinggal bersama sehinggakan sanggup menjual rumah untuk membayar perlindungan dan membawa mereka masuk dari Mexico ke Amerika sebagai keluarga bermaustatin.

Tetapi tidak berjaya dan akhirnya Constantin bersama bapanya, Vasile Mutu secara tidak langsung terpaksa dipisahkan dengan keluarga mereka yang lain.
Akibat daripada kesan pepisahan terlalu lama menyeabkan kerosakan psikologi yang serius. Menurut ibunya, Constantin tidak xdapat bercakap dan berjalan sendiri lagi walaupun sudah diajar dan rujuk kepada pakar.
Sumber: Insider