Keluarga dan rakan terdekat 176 penumpang kapal terbang Ukraine yang terhempas di Tehran semalam berkabung hari ini susulan insiden tragis yang melibatkan kebanyakkan mereka daripada Iran dan Kanada.
Kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan Kanada meminta siaatan penuh dijalankan bagi mencari punca kemalangan itu berlaku sejurus Tehran melancarkan peluru berpandu ke atas tentera Amerika di Iraq sebagai tindak balas terhadap terbunuhnya jeneral Iran.
Menurut Ukraine, 82 rakyat Iran, 63 orang Kanada, 10 orang Sweden, empat orang Afghan, tiga orang Jerman dan tiga warga British berada di atas kapal, serta 11 orang Ukrain – termasuk sembilan anak kapal.
Rakaman yang dikeluarkan oleh media menunjukkan padang yang terbakar serta rangka pesawat yang hangus.
Beg pakaian dan barang peribadi penumpang termasuk anak patung Santa Claus dan sarung tangan tinju antara yang dijumpai di kawasan kejadian.
Dalam pada itu, pihak berkuasa penerbangan Iran turut memberitahu bahawa tidak akan menyerahkan kotak hitam pesawat tersebut kepada Amerika Syarikat.
Sumber: SBS News Au