Impian rakyat Malaysia yang ingin melihat pemain Lee Zii Jia mara ke peringkat seterusnya untuk memburu pingat dalam pentas Sukan Olimpik Tokyo nampaknya terkubur ekoran kekalahannya sebentar tadi.
Pemain badminton perseorangan lelaki negara yang berusia 23 tahun itu tewas di tangan juara bertahan dari China, Chen Long walaupun perlawanan telah diheret hingga ke set yang ketiga.
Walaupun agak terkilan dengan kekalahan tersebut, namun melihat kepada reaksi warganet di laman sosial yang tidak berhenti memberikan sokongan kepada pemain itu telah membangkitkan satu semangat yang sangat kuat. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pemain ini bakal ‘bersinar’ pada satu hari nanti dan menjadi ‘permata’ dalam sukan badminton.
“New World N0.1 In Making”
“Semua orang bangga dengan kamu, kamu telah memenangi hati kami”
Melihat kepada respon warganet menerusi posting yang dikongsikan SK tadi, rata-ratanya memberikan semangat untuk Lee Zii Jia agar bangkit dan terus mengumpulkan pengalaman serta ilmu agar dapat bergelar juara pada kejohanan yang akan datang.
“Kemampuan beliau sangat dikagumi, smash memang padu, pertahanan mantap”

“Semoga ada permata baharu dalam dunia badminton negara selepas Datuk Lee Chong Wei”

“Comeback stronger, first game Olimpik, kutip pengalaman”

“Anda tetap terbaik sebab Malaysia ada pelapis badminton”

“..aku terharu.. we still Malaysian”

Sumber: Facebook, Twitter, Bernama, Majlis Sukan Negara Malaysia