Petronas telah menafikan bahawa pihaknya terlibat dalam tinjauan berkaitan hadiah sempena tahun baharu yang tersebar dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi kenyataan ringkas Petronas yang dikeluarkan di Twitter, laman web scam itu menawarkan hadiah tahun baharu dalam bentuk pampasan kewangan setelah berjaya menjawab soal selidik.
“Kami ingin memaklumkan bahawa Petronas mahupun mana-mana anak syarikat kami tidak terlibat dalam tinjauan soal selidik ini.
“Orang ramai diminta agar tidak memberi respon atau mengambil bahagian dalam tinjaun tersebut,” kata Petronas.
Sumber: Petronas