Kami Sedia Maklum, 83 Rakyat Malaysia Berada Di Sulawesi, Indonesia – KKM

Sha Rossa

Tiada warganegara Indonesia yang tersenarai daripada jumlah keseluruhan 900 kes positif jangkitan wabak Covid-19 di negara ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Twitter rasmi KKMPutrajaya sebentar tadi.

Dalam pada itu, KKM juga sedia maklum mengenai 83 rakyat Malaysia yang kini berada di Sulawesi untuk menghadiri perhimpunan dan mereka akan dikuarantin apabila pulang.

Sumber: KKMPutrajaya