
Semalam tular khabar angin melalui laman media sosial Facebook mengenai jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei apabila beliau dikatakan telah menghidap kanser hidung tahap ketiga.

Walau bagaimanapun, hal ini nampaknya telah disahkan oleh Presiden BAM sendiri iaitu, Datuk Seri Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata, “Sebagai maklum balas terhadap laporan berkaitan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal.”
Chong Wei dikatakan kini berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan baik serta sedang berehat untuk pulih disamping keluarga dan rakan terdekat.
Menurut Norza, Datuk Lee Chong Wei berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.
