“Kami Dah Bantu Anda Berniaga, Kenapa Nak Rosakkan Harta Benda Awam”, DBKL Saman Penjual Durian Potong Pagar Keselamatan By Nur Adnin 11 Julai 2020 9:51am Berita Gambar: DBKL “Kami dah bantu anda untuk berniaga, kenapa perlu merosakkan harta benda awam?”Demikian satu kenyataan yang dibuat ekoran tindakan peniaga durian yang didapati merosakkan fasiliti awam semata-mata untuk dijadikan lokasi gerai.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada semalam menyerbu sebuah gerai jual durian di satu lokasi tidak dinyatakan, atas kesalahan memotong pagar keselamatan di laluan pejalan kaki.Gambar: DBKLDifahamkan, pagar besi tersebut dipotong untuk memudahkannya menjalankan perniagaan duriannya.Sehubungan itu, satu tindakan penguatkuasaan telah dikenakan kepada peniaga berkenaan.Notis kompaun turut diberikan atas kesalahan merosakkan harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Seksyen UUK Vandalisme WPKL 1991 UUK 3 (e).Orang awam diminta untuk melaporkan sebarang kegiatan musnah laku (vandalism) terhadap harta benda awam kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1-800-88-3255.Gambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLGambar: DBKLSumber: DBKL