Kredit Foto: youtube

Kali Terakhir Ditemui Pada 2003, Ikan Air Tawar Ini Kini Diisytiharkan Pupus

Siti Natrah Jusof

Psephurus gladius, sejenis ikan yang dipanggil Chinese paddlefish merupakan spesies ikan air tawar terbesar di China yang berasal dari Sungai Yangtze telah diisytiharkan pupus, menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh ahli pengkaji China di Institut Penyelidikan Perikanan Sungai Yangtze.

Menurut kajian yang diterbitkan pada 23 Disember lalu dalam Jurnal Sains Alam Sekitar, ikan ini dipercayai telah pupus antara tahun 2005 hingga 2010 yang lalu.

Kredit Foto: thetimes

Wei Qiwei, salah seorang penulis yang terlibat dalam kajian tersebut berkata kesimpulan ini dibuat berdasarkan penilaian oleh panel pakar yang disusun oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam di Shanghai.

Chinese paddlefish yang mempunyai panjang kira-kira 2 hingga 3 meter dan boleh mencecah hingga 7 meter ini telah wujud sejak 15 juta tahun yang lalu.

Ikan ini telah tersenarai antara haiwan yang terancam sejak tahun 1996 lagi.

Penemuan terakhir ikan ini adalah pada tahun 2003. Sejak itu, tiada lagi penemuan ikan ini dilaporkan.

Kredit Foto: thestaronline

Chinese paddlefish begitu besar sehingga sukar untuk ditangkap,” kata Wei.

“Antara tahun 1984 dan 1993, beliau pernah menyelamatkan empat ikan yang terperangkap, tetapi hanya satu yang berjaya diselamatkan dan dilepaskan kembali ke sungai”, tambahnya lagi.

Kepupusan ikan ini telah menimbulkan perhatian orang ramai kerana orang ramai menyuarakan rasa sedih terhadap kepupusan haiwan ini.

Orang ramai juga berharap agar haiwan terancam yang lain dapat dilindungi dengan lebih baik agar generasi akan datang dapat melihatnya.

Sumber: The Straits Times Singapore