Umum telah mengetahui bahawa penyakit diabetes ataupun dikenali sebagai kencing manis adalah antara salah satu penyakit kronik tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selain kanser dan sakit jantung.
Kita juga sudah sedia maklum bahawa penyakit kencing manis ini boleh menyebabkan anggota badan kita dipotong. Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Skuad Pengurusan Jenazah di laman Facebook, mereka baru sahaja menyempurnakan sebelah kaki seorang penyakit kencing manis.
Gambar di atas memaparkan seorang ustaz yang sedang membersihkan kaki pesakit kencing manis yang telah dipotong itu.



Kaki tersebut dibungkus dengan plastik terlebih dahulu sebelum dikafankan.


Setelah siap dikafankan, kaki tersebut kemudiannya telah ditanam di sebuah tanah perkuburan.


Perkongsian itu sedikit sebanyak dilihat dapat menimbulkan rasa keinsafan kita supaya menjaga pengambilan makanan dan kesihatan kita sebaik mungkin.