Dustin Poirier sekali lagi menewaskan Conor Mcgregor dalam pertembungan mendebarkan dalam UFC 264 yang berlangsung sebentar tadi. Pertarungan yang berlangsung genap satu pusingan sahaja selepas kaki Mcgregor kelihatan terseliuh dan ada kemungkinan patah sebelum pusingan pertama tamat.
Mcgregor teruk diserang bertubi-tubi oleh Poirier sepanjang pusingan pertama hingga menyebabkan pendarahan di bahagian muka dan telinga pertarung kelahiran Ireland itu.
Perseteruan antara Poirier dan Mcgregor bukanlah perseteruan sehari dua, dendam Mcgregor yang dipendam sejak kekalahan yang lalu masih belum ditebus hari ini.
Sumber: UFC