Suplemen digemari ramai terutamanya wanita kerana ingin mendapatkan kesan kulit yang cantik dan putih mulus serta kelihatan kurus dan langsing.
Namun, dalam obsesi wanita terhadap pelbagai pilihan suplemen yang terdapat di dalam pasaran kini, terdapat pelbagai risiko yang boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkongsian oleh Farah Farzana di Twitter mengenai adiknya yang telah disahkan mendapat Hepatitis dipercayai setelah memakan produk untuk melangsingkan badan, mungkin boleh membuka mata ramai pihak.
Adik saya didiagnos Hepatitis sebab makan produk tempatan
Pemilik produk yang dihubungi olehnya, hanya memberikan alasan bahawa produk tersebut tidak memerlukan kelulusan KKM kerana tidak mempunyai bahan terlarang.
Kata Farah, produk melangsingkan badan tersebut bukan digunakan untuk detox tetapi untuk mengawal selara makan pengguna dan dibeli setelah dicadangkan oleh rakan adilnya.

‘Founder’ dakwa produk tak perlu KKM sebab tiada bahan terlarang

Banyak kes sama terjadi dengan ‘local product’

Kalau nak buat produk sendiri tolong fikir kesan kepada orang lain


Nak bagi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya mengambil suplemen kurus

Buat kajian dahulu sebelum mengambil sebarang jenis suplemen

Sumber: Twitter @farahfrzna