New York – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut ditikam oleh sekumpulan remaja lain akibat perselisihan faham gara-gara mangsa dikatakan menghantar seorang rakan perempuan pulang ke rumah sehari sebelum kejadian.
Khaseen Morris diserang oleh sekumpulan tujuh ke lapan individu disaksikan oleh puluhan orang ramai yang berada di restoran berhampiran tempat kejadian.
Ada antara mereka yang merakam kejadian dan memuatnaik video tersebut ke laman Snapchat.
Berikutan pembunuhan tersebut, polis telah menahan suspek, Tyler Flach, 18, atas tuduhan membunuh. Tyler dikatakan mempunyai kaitan dengan bekas teman lelaki kenalan wanita yang dihantar pulang oleh Khaseen.
Morris disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di hospital disebabkan kecederaan akibat tikaman pada dada. Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun turut dihantar ke hospital akibat patah tangan.
Berikutan itu, jurucakap polis tempatan, Phyllis Harrington menggesa orang ramai untuk menilai penggunaan media sosial mereka seiring dengan pesanan Eksekutif Daerah Nassau, Laura Curran.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap saat adalah penting dalam menyelamatkan nyawa seseorang yang berada dalam bahaya.
“Dia memberitahu ibu bahawa ini kali pertama dia berasa sangat gembira sebab akhirnya dia menemui sekolah dimana dia boleh menjadi diri sendiri tanpa dihakimi sesiapa,” tambahnya lagi.
Sumber: The Independent