
Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa individu harus berkahwin antara usia 23 hingga 32 tahun jika tidak mahu bercerai (sekurang-kurangnya pada 5 tahun pertama). Ia dinyatakan oleh Nick Wolfinger yang merupakan seorang ahli sosiologi di University of Utah dalam kajiannya.
Kajian berkenaan telah diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga universiti terbabit. Ia merupakan penemuan baru kerana ahli sosiologi terdahulu berpendapat bahawa perkahwinan hanya patut berlaku ketika seseorang itu telah stabil dari segi ekonomi dan sebagainya.
Wolfinger sememangnya telah menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010 dan membuat kajian mengenai pertumbuhan keluarga (2011-2013). Dia mengatakan bahawa beliau jarang melihat individu yang bercerai diantara usia lewat 20-an sehingga awal 30-an.

Kajian menjelaskan bahawa peluang untuk bercerai naik 5 peratus pada individu berumur lewat 30-an hingga awal 40-an. Beberapa bukti dan sokongan tuurt disebut dalam kajian ini antaranya adalah Teori Goldilocks dalam perkahwinan:
Menurut Wolfinger terdapat banyak hujah yang meyokong usia ini (28-32) merupakan usia terbaik untuk seseorang itu medirikan rumah tangga. Salah satunya adalah mereka sudah mampu untuk membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas keputusan tersebut.
Wolfinger menjelaskan kajian beliau turut mengambil kira jantina responden, kaum, struktur keluarga, umur (pada masa tinjauan), tempat tinggal, pendidikan, tradisi keagamaan dan sejarah seksual.
Walau bagaimanapun, penceraian merupakan sesuatu yang sukar untuk diukur, dalam kajian itu juga menyatakan sekiranya seseorang itu mempunyai pendidikan mahupun kewangan yang kukuh. Ia mengurangkan peluang untuk seseorang itu berada dalam konflik penceraian
Sumber : Time