Kerjaya seorang guru merupakan tugasan yang mulia kerana dengan kewujudan merekalah kita mampu membaca, menulis dan mengira seperti hari ini.
Menurut organisasi yang membela pendidikan kanak-kanak kurang bernasib baik, The Varkey Foundation, profesion perguruan menjadi salah satu kerjaya yang dipandang tinggi dalam beberapa negara Asia.
Dalam soal selidik ke atas 1000 responden terdiri daripada orang awam dan 200 guru-guru daripada setiap 35 negara terpilih, mereka telah menjalankan analisis status guru melalui 4 aspek iaitu;
Pandangan orang awam terhadap profesion perguruan termasuk jumlah gaji mereka berbanding profesion lain
Status sosial guru berbanding profesion lain
Adakah ibu bapa galakkan anak-anak menjadi guru
Meneliti pandangan rasa hormat murid terhadap guru
Bagi mengetahui status sosial para guru di setiap negara, para penyelidik meminta responden membandingkan profesion guru dengan kerjaya lain yang dirasakan berada pada tahap yang sama.

Mereka turut menyimpulkan bahawa semakin tinggi rasa hormat terhadap guru, semakin tinggi kemungkinan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi profesion berkenaan dalam sesebuah negara.

Sementara itu, kajian mendapati para pelajar di negara Asia lebih menghormati guru.

Setelah mengkaji selama 5 tahun, mereka mendapati negara China, Malaysia, Taiwan dan Indonesia diikuti Turki serta India mendahului carta menghormati guru mengatasi negara-negara Eropah.
Hal ini disebabkan reaksi responden Eropah yang berpendapat lebih ramai murid-murid tidak menghormati guru di sana.
Mereka turut berkongsi beberapa dapatan menarik berdasarkan kajian antaranya,
golongan lebih tua lebih menghormati guru-guru
graduan lebih menghormati guru berbanding bukan graduan
lelaki lebih menghormati guru berbanding wanita
ibu bapa menghormati guru berbanding mereka yang tidak mempunyai anak
mereka dengan pegangan Islam lebih menghormati guru
Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh baca laporan penuh kajian di sini.