Coronavirus telah tersebar di Itali sejak September 2019, lebih awal sebelum dikesan di Wuhan, China, menurut kajian terbaharu Institut Kanser Negara Itali (INT) di bandar Milan.
Menurut rekod, kes Covid-19 pertama kali secara rasmi dikesan di Itali pada 21 Februari lalu. di sebuah bandar kecil berhampiran Milan, di wilayah utara Lombardy.
Namun, hasil kajian penyelidik mendapati 11.6 peratus daripada 959 peserta ujian kanser paru-paru sekitar September 2019 hingga Mac 2020, didapati telah menghasilkan antibodi terhadap Covid-19 sebelum Februari.
Kajian lanjut yang dijalankan oleh Universiti Siena turut menyokong kajian itu, di mana antibodi berkenaan turut dikesan pada empat kes positif Covid-19 yang dilaporkan pada bulan October.
Ini bermaksud bahawa mereka dipercayai telah dijangkiti di Itali pada bulan September, kata Giovanni Apolone, penulis bersama kajian tersebut.
“Ini adalah penemuan utama: orang tanpa gejala tidak hanya positif setelah ujian serologi tetapi juga memiliki antibodi yang dapat membunuh virus,” kata Apolone.
Berdasarkan penemuan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberitahu bahawa mereka sedang meneliti hasil kajian tersebut dan membincangkan bersama penyelidik bagi mengesahkan kenyataan tersebut.
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum itu mengumumkan bahawa virus ini tidak diketahui kewujudannya sebelum pertama kali dilaporkan di Wuhan, China akhir tahun lalu.
Namun, WHO tidak menolak kemungkinan bahawa virus itu sebenarnya telah tersebar di tempat lain sebelum ini tanpa diketahui.
Sumber: weforum.org
Jangan lupa Subscribe Siakap Keli di Youtube