Lelaki berkahwin obes
Gambar: AI

Kajian Dedah Lelaki Berkahwin Tiga Kali Ganda Mudah ‘Obes’ Berbanding Bujang

Iqbal Yasir

Kajian Dedah Lelaki Berkahwin Tiga Kali Ganda Mudah ‘Obes’ Berbanding Bujang

Kajian terbaharu mendedahkan bahawa golongan lelaki yang sudah berkahwin lebih berisiko lebih berat badan (obesiti) tiga kali ganda berbanding lelaki bujang, lapor Sky News.

Menurut kajian daripada Institut Kardiologi Kebangsaan Warsaw, Poland mendapati individu yang sudah berumah tangga berkemungkinan naik berat badan berlebihan sebanyak 62 peratus dalam kalangan lelaki, sementara, golongan wanita hanya 39 peratus berisiko naik berat badan.

Selain perkahwinan, usia juga menjadi faktor utama kenaikan berat badan dimana setiap pertambahan usia setahun meningkatkan risiko berat badan berlebihan sebanyak tiga peratus dalam kalangan lelaki dan empat peratus dalam kalangan wanita, manakala risiko obesiti meningkat empat peratus dalam kalangan lelaki dan enam peratus dalam kalangan wanita.

Faktor Obesiti Kalangan Wanita

Kajian juga mendapati beberapa faktor khusus yang mempengaruhi risiko obesiti dalam kalangan wanita.

Antaranya, faktor kemurungan, yang mempunyai risiko dua kali ganda untuk menjadi obes, sementara tahap literasi kesihatan yang rendah turut menyumbang kepada peningkatan risiko tersebut.

Berbeza pula kaum lelaki dimana peningkatan berat badan tidak terkesan dengan faktor kemurungan.

Penyelidik berpendapat bahawa usia dan status perkahwinan mempengaruhi risiko berlebihan berat badan atau obesiti dalam kalangan orang dewasa tanpa mengira jantina.

Ini terbukti selepas kajian yang dilakukan melibatkan 2,405 rakyat Poland.

Rata-ratanya responden berusia sekitar 50 tahun, juga mendapati bahawa peningkatan usia meningkatkan risiko kenaikan berat badan bagi kedua-dua jantina.

Di United Kingdom, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengklasifikasikan individu sebagai obes jika mereka mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 30, manakala mereka yang berlebihan berat badan mempunyai BMI antara 25 hingga 30.

Walau bagaimanapun, ukuran ini yang hanya mengambil kira tinggi dan berat badan dikritik oleh sesetengah pihak kerana dianggap terlalu ringkas.

Penemuan ini akan dibentangkan di Kongres Eropah mengenai Obesiti di Sepanyol pada bulan Mei.

Sumber: Sky News

BACA: Meriah, Suasana Tarawih Di Masjid Taman Semarak Buat Ramai Kagum

BACA: Tunang Meninggal Sebulan Sebelum Majlis Kahwin, Pesanan Terakhir Undang Sebak