Salah satu aspek yang mencabar semasa pandemik Covid-19 ini adalah berlakunya kes asimtomatik atau orang yang dijangkiti virus dan boleh tersebar kepada orang lain namun tidak merasa sakit.
Kajian yang dilakukan di Singapura juga menunjukkan bahawa pesakit Covid-19 mampu menyebarkan penyakit tersebut tanpa memperlihatkan sebarang simptom.
Menurut pakar Imunologi dan sarjana kanan di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins, kajian juga menyaksikan bahawa orang yang asimtomatik nampaknya mempunyai viral load yang sama seperti kes simtomatik. Ia bermakna, sama ada seseorang itu mempunyai simptom atau tidak, mereka membawa jumlah virus yang sama di dalam tubuh mereka.
Keadaan ini agak jarang berlaku dan ia merupakan petanda yang tidak baik.
Bagi virus lain, seseorang individu tidak dijangkiti sehingga mengalami sesuatu simptom. Jadi, virus tersebut lebih mudah diperiksa dan rantaian jangkitan juga dapat dihadkan.
Keadaan ini berbeza dengan Covid-19 yang terbukti lebih sukar untuk dibendung.
Pun begitu, menurut Gronvall, kaedah ujian semasa dapat mengesan kes asimtomatik.
Ujian yang paling biasa pada masa ini adalah ujian PCR yang mencari kehadiran bahan genetik virus dan beberapa di antaranya lebih sensitif daripada yang lain.
‘Rapid antigen test’ juga berguna dalam mengesan kes asimtomatik. Ujian tersebut mencari protein virus iaitu kebiasaannya di dalam sampel air liur dan tidak sensitif seperti PCR.
Terdapat ujian yang berbeza untuk tujuan yang berbeza dan sementara ‘rapid tests’ tidak sensitif, ia sememangnya berguna.
Sumber: Johns Hopkins University