Kagum, Cikgu Ni Ubahsuai Kuaters Usang Di Pedalaman Sarawak Sampai Jadi ‘Rumah’ Selesa

Eyla Azri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menjadi insan bergelar guru sememangnya tidak mudah dan memerlukan azam yang kuat demi mendidik anak bangsa.

Walau dicampakkan ke mana sekali pun, tekad para guru menjadi pembakar semangat buat mereka meredah segala rintangan untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik.

Begitu juga dengan guru cekal yang dikenali sebagai Cikgu Tarmizi yang merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah yang terletak di pedalaman Sarawak.

Bukan mudah buat seorang anak Semenanjung menghuni sebuah kuaters usang di kawasan pulau dengan serba kekurangan. Tetapi, Cikgu Tarmizi berjaya membuktikan, semua itu bukan penghalang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

“Itu semua bukan penghalang untuk terus jadi pendidik”

Dari kuarters usang ke yang lebih selesa. Welcome to Borneo buat guru baru. Inilah tempat tinggal saya mula-mula masuk sekolah dahulu. Barulah merasa sekolah pedalaman. Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik.

Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan masih menikmati pengalaman hebat ini. Perkongsian saya buat guru baru:

  • Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya. Terapi diri katakan.

  • Jadilah guru yang kreatif walau dimana kita berada.

  • Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu sebab akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin kita pulang tempat asal nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula khidmat.

  • Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun, dialah Spiderman dialah segalanya.

  • Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain.

  • Gunakan kemahiran individu yang kita ada.

“Tikus lalu depan muka tu biasa”

Mula-mula posting haritu, masuk bilik, ini je yang ada. Duduk la macam ni berbulan-bulan. Tikus lalu atas muka tu biasa.

Ubahsuai kuarter usang jadi ‘kondo’

Nah, selepas dikemas-kemas, beli di Shopee ja. Tak dapat nak pos kat sekolah. Pos Laju tak sampai, maklumla sekolah pedalaman. Pos sampai pekan, hari minggu keluar ambik penuh motor.

Cermin kat dinding tu masih cermin asal. Nampak la sentimental value sikit.

Gambar: Al Tarmizi

Walaupun sekolah pedalaman, sempat la pikul air-cond bawa masuk sini. Maklumlah sekolah dalam pulau.

Gambar: Al Tarmizi

Bila hujan air membasahi dinding ni.

Gambar: Al Tarmizi

Lepas penat hias dinding ni kita pekena pizza, jauh beli pizza, sampai sini layu.

Gambar: Al Tarmizi

Bawah rumah ni macam-macam ada, binatang berbisa. Dari bersepah macam ni maka wujud la idea nak buat tempat arnab.

Gambar: Al Tarmizi

Seronok arnab main kejar bawah ni.

Gambar: Al Tarmizi

Nampak suram je sini, maka kita buat la kebun mini.

Gambar: Al Tarmizi

Maka terhasil lah kebun mini. Tapi penat juga la nak kena siram pagi petang.

Gambar: Al Tarmizi

Kalau pergi Sibu penuh barang bawa masuk sekolah, maklum la ni je kenderaan yang ada. Nak kena naik feri lagi. Motor je la yang sesuai.

Gambar: Al Tarmizi

Kat sini kita boleh jadi macam-macam. Seronok pengalaman hebat ni.

Gambar: Al Tarmizi

Balik sekolah, petang-petang boleh tangkap udang.

Gambar: Al Tarmizi

Jadi Spider-Man pun boleh kat sini.

Kuat betul azam seorang insan bergelar guru ini. Pada adik-adik yang masih bergelar pelajar, jangan lupa ucap terima kasih pada cikgu!

Sumber: Facebook Al Tarmizi