Pihak White House sedang menjalankan saringan kepada pekerja-pekerja selepas mendapat tahu dua orang pekerja kafetaria telah dijangkiti wabak Covid-19. Perkara ini dijelaskan oleh pegawai pentadbiran Trump kepada pengamal media.
Kafetaria yang berada di bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower ini telah ditutup pada minggu ini setelah kes baharu ditemui di sini. Bangunan tersebut akan dibuka semula pada dua minggu akan datang.
Sebahagian daripada bangunan tersebut menempatkan beberapa kakitangan penting yang mengendalikan isu wabak pandemik Covid-19 termasuklah petugas kesihatan, pejabat naib presiden, majlis keselaamtan nasional dan beberapa pejabat untuk sektor ekonomi.
Bagaimanapun, mereka mengendalikan tempat tersebut dengan prosuder yang ketat iaitu memakai pelitup muka, pelindung plastik dan sarung tangan ketika memasuki dan keluar daripada bangunan tersebut. Malah, tiada penyediaan makanan daripada kafetaria tersebut.
Kes tersebut meningkat, Presiden Trump mengakui secara terbuka bahkan beliau meremehkan tentang pemerintahannya menangani penularan wabak tersebut.
“Kami bekerjasama dengan orang yang hebat-hebat dan berbakat pasti akan berjaya semuanya,” kata Presiden Trump.
Beberapa pegawai di White House telah dijangkiti positif Covid-19. Bagi pegawai yang bekerja lebih dekat dengan presiden mereka akan diberi ujian secara pantas untuk mengesan positif Covid-19.
Sumber: NBC News