Kredit: TLC

“Kadang-kadang Rasa Masin..,” Wanita Ini Minum Air Kencing Sendiri, Percaya Boleh Cegah Kematian Akibat Kanser

Aireena Marizan

AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu, Carrie, 53, ‘ketagih’ minum air kencingnya sendiri. Dia percaya bahawa dia akan mati disebabkan kanser sekiranya dia berhenti meminum air kencingnya.

Wanita itu menyifatkan air kencingnya sama seperti minuman keras. Dia mengambilnya sebanyak lima gelas setiap hari.

Dalam satu kenyataan menerusti TLC’s My Strange Addiction, wanita itu berkata bahawa dia menyukai air kencing panas kerana ia menenangkan.

“Anda boleh merasai pelbagai perkara melalui badan anda”.

Menurut wanita itu lagi, ada beberapa makanan yang dia tidak suka makan kerana ia mempunyai rasa yang sangat tidak baik apabila ia dicerna.

Tabiat pelik wanita itu bermula sejak empat tahun yang lalu selepas dia didiagnosis menghidap penyakit melanoma, iaitu sejenis kanser kulit dan dia membuat keputusan untuk menolak dunia perubatan.

Sumber: Asiaone