Kredit: The Moscow Times

Kabin Sempadan Musnah, Russia Dakwa Ia Serangan Ukraine

Faiz Mustafa

Russia mendakwa peluru yang dilepaskan oleh Ukraine telah memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh mereka berhampiran dengan sempadan Ukraine, lapor The Moscow Times.

“Pada 9:50 pagi, peluru yang tidak dikenal pasti yang dilepaskan oleh Ukraine telah musnahkan sepenuhnya kemudahan yang terdapat di sempadan digunakan oleh pengawal FSB di wilayah Rostov, lebih kurang 150 meter dari sempadan Rusia-Ukraine,” lapor Federal Security Service (FSB) melalui The Moscow Times.

Menurut laporan, tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada anggota. Melaui video yang dimuat naik oleh FSB juga menujukkan sebuah kabin yang musnah di seberang jalan Scherbakovo. Kabin tersebut digunakan untuk rondaan di sekitar sempadan.

Memetik The Moscow Times, FSB mengumumkan beberapa tuntutan pemisah dari Russia di timur Ukraine mengenai peningkatan serangan yang dilakukan oleh tentera Ukraine.

“Kyiv menafikan tindakan yang menyinggung perassan dan berkata tenteranya berada di bawah pengawasan yang ketat untuk tidak memberikan ketegangan di rantau itu,” tulisanya.

‘Itu berita palsu’

Namun begitu, tentera Ukraine menafikan kenyataan bahawa mereka telah membedil kemudahan di sempadan Russia dan mendakwa kenyataan itu adalah berita palsu.

“Kami tidak dapat menghalang mereka dari mengeluarkan berita ini, tapi kami perlu menegaskan bahawa kami tidak menembak ke arah infrastruktur awam atau beberapa wilayah di Rostov,” jelas jurucakap tentera Ukraine, Pavlo Kovalchuk kepada pemberita, lapor The Moscow Times.

Ukraine dan sekutunya juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa Russia boleh mulakan serangan dengan menggunakan serangan Ukraine sebagai alasan.

Kyiv juga melaporkan terdapat peningkatan serangan dari Russia termasuk serangan sebuah tadika yang menyebabkan kecedaraan kepada dua individu minggu lalu.

“Terdapat dua askar telah terbunuh berikutan pertempuran Sabtu lalu,” kata Presiden Ukraine Volodymr Zelensky.

Sumber: The Moscow Times