K-KOMM Terima 14 Kes Berkaitan Jual Peranti Siswa, Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima 14 kes yang berkaitan dengan penjualan Peranti Siswa.

Difahamkan beberapa peranti yang terlibat dengan penjualan tersebut telah pun disekat.

Selain itu, K-KOMM juga bersedia untuk mengkaji ‘buy back policy‘ bagi penerima Peranti Siswa untuk menjual peranti mereka selepas tempoh penggunaan yang ditetapkan dalam masa tertentu.

Berita lanjut menyusul…

BACA: Kerajaan Beri Terus Tablet Peranti Siswa Kepada Penerima, Tidak Perlu Pulang Balik – PM

Sumber: Bernama