
Jenama kesejahteraan terkemuka Malaysia, JYNNS, kini memperkenalkan fasa baharu produk utamanya, Madu Trigona – madu kelulut premium hasil khazanah hutan hujan Sarawak.
Madu ini dituai di kawasan asli seluas 200,000 ekar di Nanga Borneo Highlands, Sarawak, dengan 50,000 ekar khusus untuk pemeliharaan lebah. Tiada ladang kelapa sawit, racun perosak atau baja digunakan, justeru madu ini diiktiraf dengan pensijilan MyGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia).

“Kawasan ini bebas daripada pertanian komersial, haiwan liar pun masih berkeliaran bebas. Lebah juga mencari makanan secara semula jadi tanpa campur tangan manusia,” kata Alann Tan, Pengasas & Pengerusi Eksekutif JYY.
Kajian lebih 10 tahun oleh pasukan penyelidik Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendapati Madu Trigona:
Ada ciri anti-radang & antibakteria
Berkesan melawan 5 patogen biasa (jangkitan tekak & penyakit bawaan makanan)
Setanding dengan Manuka Honey UMF 20 dari segi keberkesanan klinikal
Mempunyai Indeks Glisemik rendah – sesuai untuk kawalan gula darah
Kandungan kelembapan rendah – lebih tahan lama & stabil
Harga ditawarkan pada RM70 sebotol, menjadikannya madu premium yang mampu milik, sambil menyokong penternak lebah tempatan & ekosistem pertanian mampan.
“Misi kami adalah menjadikan Madu Trigona simbol kekuatan semula jadi Malaysia, setanding dengan Manuka yang melambangkan New Zealand,” jelas Alann Tan.

Sejajar dengan visi ini, JYNNS bakal bekerjasama dengan Tourism Malaysia melancarkan pembungkusan edisi khas Visit Malaysia 2026.
Varian Baharu Madu Trigona
Untuk pelbagai keperluan pengguna, tiga formulasi diperkenalkan:
Floral Calming: imuniti harian & kesihatan holistik
Fruity Joy: pilihan kanak-kanak, mesra gigi & rendah keasidan
Golden Voice Citrus: khas untuk guru, pensyarah & penghibur