Juruterbang Cedera
Kredit: New York Post

Juruterbang Cedera Selepas Cermin Kokpit Dihentam Objek Misteri

Athirah

Juruterbang Cedera Selepas Cermin Kokpit Dihentam Objek Misteri

Seorang juruterbang penerbangan United Airlines dilapor cedera dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas sebuah objek misteri menghentam cermin kokpit pesawat Boeing 737.

New York Post melaporkan kejadian itu berlaku ketika pesawat berada pada ketinggian 10,972 meter.

Gambar yang memaparkan lengan juruterbang itu berdarah dan lebam, beserta kecederaan yang konsisten dengan luka akibat serpihan kaca turut menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, kaca yang pecah turut berselerak di papan pemuka dan dalam kokpit, manakala beberapa gambar lain menunjukkan kesan seperti terbakar di kawasan hentaman.

Penerbangan United 1093 dari Denver ke Los Angeles terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Salt Lake City pada Khamis.

“Kami telah mengaturkan sebuah kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Los Angeles pada hari yang sama

“Manakala pasukan penyelenggaraan kami berusaha untuk membaiki pesawat tersebut supaya dapat kembali beroperasi,” kata pihak pengurusan United Airlines.

Dalam pada itu, warga maya berpendapat bahawa hentaman itu mungkin disebabkan oleh serpihan angkasa atau meteor yang mengenai pesawat tersebut.

BACA: Bonda Rozita Luah Rasa Pilu Selepas Staf Maut Dihempap Pokok Tumbang
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Jerebu Toksik Di New Delhi Capai Tahap Kritikal, Cecah 16 Kali Ganda Had WHO

Sumber: New York Post