Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik seramai 3,307 jururawat secara kontrak termasuk memangil semula jururawat bersara.
Menurut KKM, seramai 633 jururawat baru juga telah diambil bagi membantu hampir 88,000 tenaga kerja sedia ada di negara kita.
Selain itu, seramai 668 jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan perubatan di sana berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri tersebut.
Setakat semalam, negara mencatatkan peningkatan 732 kes positif baharu Covid-19 dengan Sabah masih menjadi negeri tertinggi dengan (535) kes diikuti Selangor (116) kes, Kuala Lumpur (26) kes, Pulau Pinang (12) kes, Negeri Sembilan (9) kes dan negeri-negeri lain.
Sumber: KKM Malaysia