Setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 790 kes COVID-19 telah direkodkan di Malaysia melibatkan pesakit di setiap negeri.
Dalam jumlah berkenaan, Selangor menjadi negeri dengan kes COVID-19 tertinggi dengan 192 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (119) dan Sabah (103).
Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan bilangan kes terendah iaitu sebanyak 5 kes diikuti Perlis (8) dan Terengganu (10).
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak pulang ke kampung dan membahayakan ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan mudah dijangkiti.

Sumber: KKM