Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertambah menjadi tujuh kes termasuk dua kes memerlukan bantuan alat pernafasan setakat Ahad (16 Ogos 2020).
Negara pada hari ini mencatatkan pertambahan 25 kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini dengan 9 kes tempatan dan 16 kes import.
Kesemua kes tersebut dicatatkan di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia