Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba memaklumkan bahawa sejumlah 340,043 dos vaksin COVID-19 telah diberikan pada 6 Julai dan mencatat angka tertinggi setakat ini.
Menerusi infografik yang bersumberkan CITF dan JKJAV, laporan harian pemberian dos vaksin pada tarikh 6 Julai, 11.59 malam itu menunjukkan sebanyak 206,757 dos 1 dan 133,286 dos 2 telah diberikan di seluruh negeri.
Menurut laporan harian tersebut, negeri Selangor mencatat penerima dos 1 yang terbanyak iaitu sebanyak 57,473 dos diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 39,031 dos.
Bagi penerima dos 2, negeri Selangor dilaporkan mencatat sejumlah 22,525 dos diikuti negeri Sarawak yang menerima sebanyak 31,289 dos.
Sumber: Twitter @DrAdhamBaba