Angka kematian di seluruh dunia akibat wabak koronavirus melepasi angka 3,000, dengan kes dilaporkan berlaku di 64 negara.
Di China, sebanyak 42 kematian dilaporkan dengan kes positif Covid-19 di negara berkenaan sebanyak 80,026 kes.
Kes di Itali melonjak sebanyak 50% kes dan Perancis melaporkan 30 kes baru semalam, manakala jumlah kes di pusat wabak bermula, Wuhan di China telah meningkat kepada 80,026.
Sementara itu, nilai mata wang bagi yuan itu merudum selepas data menunjukkan aktiviti pengilangan China turun secara mendadak pada bulan lalu, sejak wabak itu tular.
KKM Putrajaya juga melaporkan sektor pelancongan di negara-negara yang terlibat merudum. Iran menjadi negara luar dari China yang merekodkan jumlah kematian paling tinggi, manakala Korea Selatan menjadi negara luar China dengan kes positif tertinggi dilaporkan.
Itali pula dipercayai menjadi pusat wabak berkenaan merebak di Eropah. Turki dilaporkan sudahpun menyekat penerbangan pergi dan balik dari Itali manakala Amerika Syarikat dan Jepun menasihatkan rakyatnya supaya tidak berkunjung ke Venice dan Verona.
Sumber : Bloomberg, KKM Putrajaya, CGTN