Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa sebanyak 45 kes COVID-19 di negeri Perak termasuk dua pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital KKM di Perak. Beliau merupakan staf kesihatan KKM kedua yang memerlukan bantuan pernafasan di ICU.
Manakala seorang lagi pesakit berusia 63 tahun merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
Menurut Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media sosial.
Sumber: KKM