pesta pokémon julie's
Tiada Kategori

Julie’s Menyambut Gaya Hidup Sihat Sebagai Penaja Utama Pesta Dan Fun Run Pokémon 

Nurul Naqiyah

Julie’s Menyambut Gaya Hidup Sihat Sebagai Penaja Utama Pesta Dan Fun Run Pokémon

Kuala Lumpur, 11 November 2024 – Julie’s mengukuhkan komitmen mereka untuk memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan dengan menjadi penaja utama Pesta Pokémon yang berlangsung baru-baru ini dari 7-10 November. Pesta empat hari ini menampilkan pelbagai aktiviti karnival yang menyeronokkan dengan acara kemuncaknya, larian fun run 4km yang meriah pada 10 November. Fun run ini berjaya menarik lebih tujuh ribu peserta, termasuk peminat Pokémon dan penggemar larian yang tidak sabar-sabar untuk mengalami larian yang unik dan seronok ini.

Fun run ini menawarkan peserta laluan larian yang menarik, dipenuhi dengan inflatables bertema Pokémon dan peluang untuk bergambar dengan watak-watak Pokémon yang popular. Penglibatan Julie’s telah menambah keunikan pengalaman larian ini dimana Julie’s telah menyediakan canapés yang diperbuat dengan biskut Julie’s untuk dinikmati peserta. Canapés yang diedarkan di gerai Julie’s ini direka khas dengan kerjasama influencer makanan Malaysia yang terkenal seperti Hazwan, Sid Murshid, dan Jun and Tonic.

pesta pokémon julie's
Pelari merakam kenangan menyeronokkan di gerai foto Julie’s.

Selain itu, Julie’s juga mengedarkan air botol edisi terhad yang menampilkan watak watak Pokémon untuk penghidratan peserta dan untuk menggalakkan mereka mengisi semula air di stesen air yang dibina khas oleh Julie’s. Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Kami faham bahawa detik paling berharga dalam kehidupan seseorang berlaku apabila orang ramai berkumpul dan menikmati masa bersama – sama ada dikalangan keluarga, rakan-rakan atau komuniti. ebagai penaja utama Fun Run Pokémon, larian ini merupakan peluang yang menarik untuk Julie’s mempromosikan budaya kebersamaan secara meriah dan unik.

“Sama seperti biskut kami yang mendekatkan orang ramai menerusi pengalaman bersama yang dikongsi sambil menikmati biskut Julie’s, Pokémon juga dapat memupuk hubungan di kalangan semua generasi melalui jenama mereka yang menyeronokkan. Kami berharap untuk menambahkan kegembiraan orang ramai dan memberi inspirasi kepada perserta untuk mencipta kenangan yang berkekalan—bukan sahaja semasa larian ini, tetapi juga semasa aktiviti harian biasa seperti menikmati biskut kami bersama orang tersayang”

Pesta Pokémon yang diadakan dari 7-10 November ini penuh dengan aktiviti karnival yang menyeronokkan dan berjaya mewujudkan suasana yang meriah untuk seisi keluarga dan peminat Pokémon. Gerai Julie’s di pesta ini juga mendapat sambutan hangat dengan tawaran sampel biskut percuma Julie’s yang lazat. Pengunjung juga diberi peluang untuk membeli biskut Julie’s pada harga eksklusif di pesta ini.

pesta pokémon julie's
Canapés yang dibuat khas daripada biskut Julie’s memberi semangat kepada pelari semasa acara fun run ini dengan rasanya yang lazat.

Sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat, Julie’s turut membina sebuah kawasan rehat di pesta ini yang dilengkapi dengan beberapa tempat duduk, stesen pengecas telefon dan stesen isi semula air. Kawasan ini memastikan pelawat boleh berehat sambil menikmati aktiviti aktiviti di pesta Pokémon tersebut.

Dapatkanlah idea untuk mencipta canapés lazat menggunakan biskut Julie’s dengan melihat resipi yang digunakan untuk fun run Pokémon di sini. Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang acara, aktiviti dan promosi Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.